Daftar SSM Online – Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Secara Mudah dan Cepat!
Panduan Pendaftaran SSM Online untuk Perniagaan Tunggal dan Perkongsian:
Isi Borang Pendaftaran – Pelanggan mengisi borang secara online melalui laman web kami.
Muat Naik Dokumen yang Diperlukan – Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Pembayaran – Lengkapkan pembayaran untuk proses pendaftaran.
Pengesahan Melalui WhatsApp – Selepas pembayaran, staf kami akan menghubungi anda untuk pengesahan melalui WhatsApp.
Untuk Usahawan Baharu: Jika anda baru dalam bidang perniagaan, memahami perbezaan antara Pemilikan Tunggal dan Perkongsian adalah penting. Ketahui cara daftar SSM online melalui portal EzBiz, syarat pendaftaran, dan jenis perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah SSM.
Jenis Perniagaan:
1. Pemilikan Tunggal
Perniagaan yang didaftarkan menggunakan nama seperti di Kad Pengenalan. Contohnya, Ali Bin Abu.
Hanya seorang pemilik sahaja, iaitu pemegang nama.
Pemilik bertanggungjawab sepenuhnya terhadap modal, keuntungan, kos, dan kerugian perniagaan.
2. Perniagaan Perkongsian
Melibatkan 2 hingga 20 orang rakan kongsi dalam satu perniagaan.
Keuntungan, kos, dan kerugian ditanggung bersama rakan kongsi.
Berkongsi modal, kepakaran, pengalaman, dan pengetahuan untuk memperkukuh perniagaan.
Daftar SSM Online Sekarang untuk Pendaftaran yang Cepat dan Sah!